Sila log masuk terlebih dahulu.

Bab jamuan, orang Malaysia memang pemurah

Foto hiasan 123RF
Foto hiasan 123RF
A
A
A

SEJAK hari raya lalu sampailah ke hari ini, rumah terbuka nampaknya masih lagi rancak di sana sini. Dalam satu hari, Merak Jalanan pernah dapat lebih dari lima undangan. Meriah bukan?

Bila dah banyak undangan, ramai pula yang keluar rumah. Faham sahaja, kesesakan jalan raya pasti berlaku. Sampai saja kat jalan besar, dah terperangkap kat situ. Luar biasa sungguh raya ini.

Sehinggakan menurut seorang teman, dia 'taubat' nak beraya ke rumah rakan yang jauh-jauh. Tak sanggup nak ‘merangkak’ di jalan raya katanya. Tapi dalam tak nak sampai juga dari Shah Alam ke Seremban.

Sebenarnya, budaya rumah terbuka dah menjadi kelaziman di negara kita. Kalau tak ada rumah terbuka langsung macam pelik pula. Mungkin ada yang kata, orang Malaysia fasal makan, jangan main-main, boleh buat gaduh.

Penyataan itu ada benarnya juga, tapi jika dilihat dari sudut lain, ini menunjukkan bahawa orang Malaysia juga pemurah dengan menjamu orang makan. Besar pahalanya.

Bergembira tak ada salahnya kerana Syawal memang hari meraikan kemenangan cuma Merak Jalanan nak ingatkan pada semua termasuk diri sendiri untuk bersedia dengan apa juga cabaran yang mungkin berlaku pada masa akan datang. Sebagai contoh, harga barang dah mula naik.

Kemudian krisis makanan yang agak teruk juga dijangka berlaku. Sebagai contoh, ayam dah tak banyak di pasaran.

Rakan Merak Jalanan memberitahu, dia berjaya beli ayam untuk jamuan rumah terbuka tapi terhad kepada dua ekor sahaja bagi setiap pelanggan.

Artikel Berkaitan:

Namun paling terkesan adalah peniaga-peniaga yang menu utamanya ayam.

Ada yang terpaksa menutup perniagaannya buat seketika sehingga keadaan pulih seperti sedia kala.

Kasihan semua orang. Persiapkan diri dengan mental dan fizikal serta jangan membazir.

Wang yang ada simpan untuk masa akan datang yang belum tentu gelap atau cerah.