New Zealand perluas operasi risikan

Lilin dinyalakan di luar Masjid al-Noor di Christchurch sempena memperingati mangsa.
Lilin dinyalakan di luar Masjid al-Noor di Christchurch sempena memperingati mangsa.
A
A
A

WELLINGTON - NEW ZEALAND. Menteri Risikan New Zealand, hari ini memaklumkan beliau membenarkan agensi perisikan untuk melakukan operasi secara besar-besaran susulan serangan berdarah ke atas dua masjid di Christchurch yang meragut sekurang-kurangnya 50 nyawa.

Andrew Little berkata, beliau telah menandatangani waran pengawasan susulan pengumpulan lebih banyak maklumat selepas kejadian itu.

"Saya telah memberi kuasa kepada agensi terlibat untuk lakukan operasi dengan waran," jelasnya yang tidak mendedahkan jumlah waran dikeluarkan di bawah aktiviti pengintipan itu.

Difahamkan, perkhidmatan risikan biasanya mengawai 30 hingga 40 individu dalam satu masa, namun jumlah itu telah ditambah.

"Waran tersebut membenarkan pengawasan fizikal hingga aktiviti telekomunikasi," ujarnya lagi.

Awal minggu lalu, kerajaan mengarahkan siasatan untuk melihat sama ada perkhidmatan risikan negara itu sebenarnya dapat menghalang kejadian menggemparkan pada 15 Mac lalu.

Banyak pihak mengkritik pihak berkuasa kerana didakwa terlampau memfokuskan ekstremis tanpa menyedari kewujudan pelampau berhaluan kulit putih di negara itu. - AFP

Artikel Berkaitan: