X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 01 Julai 2022

Isu Palestin merupakan isu kemanusiaan sejagat: Idris Ahmad

Idris (kiri) bersalaman dengan Pengarah dan Imam Masjidil Aqsa, Sheikh Omar Fahmi Awadallah Al-Kiswani (kanan) pada Majlis Penutup Sidang Kemuncak Ulama 2022 Perpaduan Asas Pembebasan Al-Aqsa pada Ahad. - Foto Bernama *** Local Caption ***
A
A

SEPANG - Pencerobohan oleh rejim Zionis di Palestin bukan hanya melibatkan isu agama tetapi ia merupakan isu kemanusiaan sejagat tanpa mengira agama, bangsa dan negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.

Beliau berkata, usaha membebaskan Al-Quds daripada penjajahan Israel Zionis bukan sahaja tanggungjawab rakyat Palestin atau bangsa Arab semata-mata, tetapi ia merupakan tanggungjawab seluruh umat Islam.

"Ia menjadi kewajipan bagi setiap kita untuk menyumbang terhadap apa jua cara dan usaha untuk membebaskan Al-Quds dan Masjidil Aqsa daripada terus dinodai kesuciannya oleh Yahudi Zionis," katanya semasa berucap di Majlis Penutup Sidang Kemuncak Ulama Islam Mengenai Perpaduan Sebagai Asas Pembebasan Masjidil Aqsa, di sini hari ini.

Idris berkata, pendirian kerajaan Malaysia konsisten untuk terus memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Palestin sama ada daripada segi politik, ekonomi dan moral.

"Solidariti itu dibuktikan dengan pendirian negara terus teguh untuk tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Israel selain mengutuk terhadap siri pencerobohan yang dilakukan di bumi Palestin," katanya.

Persidangan selama tiga hari itu yang bermula Jumaat lepas dianjurkan Yayasan MyAQSA dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia dan dihadiri kira-kira 200 ulama dari dalam dan luar negara. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!