X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

Penggunaan ganja dalam perubatan perlu disertakan bukti

Gambar hiasan
A
A

MELAKA - Penggunaan ganja atau 'cannabis' untuk tujuan perubatan perlu disertakan dengan fakta dan bukti kajian, bukan semata-mata menerusi komen bersifat populis, menurut Exco Kesihatan dan Antidadah negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh.

Beliau berkata, sebagai pengamal perubatan, beliau mengalu-alukan apa juga jenis ubat yang mampu memberi kesembuhan kepada pesakit, sama ada ubat sedia ada atau ubat baru ditemukan, termasuk penggunaan ganja.

Menurutnya, satu kajian telah dijalankan di Amerika Syarikat (AS) bagi melihat sekiranya ganja mampu merawat penyakit seperti sklerosis berbilang, muntah akibat rawatan kemoterapi, tekanan pascatrauma, kanser, epilepsi dan masalah usus; selain penyakit cachexia, glaukoma, HIV/AIDS, penyakit saraf, sindrom tourrete, parkinson, demensia, ketagihan, kecederaan otak trauma, skizofrenia serta masalah mental lain.

Katanya, berdasarkan kajian itu, hanya kesakitan kronik dan sklerosis berbilang sahaja yang menunjukkan bahawa ganja mampu memberikan rawatan kepada pesakitnya, manakala lain-lain penyakit tidak mempunyai bukti kukuh untuk menunjukkan ia berkesan bagi merawat penyakit.

"Maka, seharusnya satu kajian lebih terperinci perlu dilakukan bagi memastikan ganja ini selamat dan berkesan digunakan untuk tujuan perubatan ataupun sebaliknya," katanya dalam kenyataan hari ini. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!