Zii Jia juara Terbuka Thailand

Aksi Zii Jia pada perlawanan akhir Terbuka Thailand 2022. - Foto Badminton
Aksi Zii Jia pada perlawanan akhir Terbuka Thailand 2022. - Foto Badminton
A
A
A

JAGUH perseorangan badminton lelaki negara, Lee Zii Jia bangkit daripada kekalahan set pertama untuk merangkul gelaran juara Terbuka Thailand 2022 selepas menewaskan wakil China, Li Shi Feng sebentar tadi.

Dalam pertarungan tersebut, Shi Feng terlebih dahulu memenangi set pertama 21-17 namun Zii Jia berjaya bangkit pada set kedua untuk mengatasi pemenang pingat emas Sukan Olimpik Remaja 2018 dengan kemenangan 21-11 sekali gus mengheret permainan ke 'rubber set'.

Pada set ketiga, perlawanan berlangsung dengan sengit namun juara Asia itu berjaya memenanginya dengan skor 23-21 sekali gus merangkul gelaran Jelajah Dunia yang pertamanya, pada tahun ini.

Untuk rekod, kemenangan diraih Zii Jia itu merupakan gelaran kelima diraih sepanjang kariernya dengan Kejohanan Badminton Asia 2022, All England 2021 adalah kejayaan terbesar pernah diraih pemain berusia 24 tahun itu.