X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

Lelaki ugut mahu bunuh ibu ditahan

Mior Faridalathrash
A
A

TANJUNG MALIM - Polis menahan seorang lelaki selepas dipercayai membuat ugutan bunuh terhadap ibu kandungnya dalam satu kejadian di sebuah rumah di Felda Gunung Besout 5 dekat Sungkai.

Lelaki berusia 27 tahun itu ditahan setelah ibunya membuat laporan polis memaklumkan menerima ugutan melalui panggilan telefon pada jam sekitar 9 malam.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, ibu suspek berusia 65 tahun itu mendakwa anaknya mengeluarkan kata-kata maki hamun dan ugutan berbunyi, 'mak kau jangan balik, kalau kau balik mati kau mak'.

"Daripada keterangan diberikan, suspek mempunyai sejarah sakit mental dan perlu mengambil ubat.

"Kejadian ugutan itu berlaku disebabkan suspek sedang mengamuk kerana enggan makan ubat seperti mana disarankan doktor," katanya kepada pemberita sini pada Ahad.

Beliau berkata, suspek yang masih belum berkahwin itu telah dibawa ke Hospital Slim River untuk pemeriksaan kesihatan.

Katanya, lelaki itu kemudiannya dibawa ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan bagi tujuan rawatan lanjut sakit mental.

"Dalam kejadian itu, ibu suspek tidak mengalami kecederaan kerana hanya diugut melalui panggilan telefon.

"Tujuan laporan polis dibuat ibu suspek adalah untuk memohon bantuan pihak polis membawa anak lelakinya itu ke hospital," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!