Agih 1.2 tan ikan kembung kepada penduduk Tasek Gelugor

Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang juga selaku Penasihat Kehormat Kelab Anak-Anak Pulau Pinang Tan Sri Dzulkifli Ahmad (dua, kiri) menyampaikan sumbangan ikan segar kepada penduduk Tasek Gelugor, pada Ahad. Foto Bernama
Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang juga selaku Penasihat Kehormat Kelab Anak-Anak Pulau Pinang Tan Sri Dzulkifli Ahmad (dua, kiri) menyampaikan sumbangan ikan segar kepada penduduk Tasek Gelugor, pada Ahad. Foto Bernama
A
A
A

TASEK GELUGOR - Dengan hasrat membantu dan berbakti kepada penduduk di kampung halamannya, bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad turun padang mengagihkan ikan segar kepada orang ramai, pada satu program kemasyarakatan di sini, pada Ahad.

Menerusi program itu Dzulkifli yang juga Penasihat Kelab Anak-Anak Pulau Pinang mengambil inisiatif mengagihkan 1.2 tan ikan kembung kepada lebih 1,000 penduduk sekitar sini, termasuk pengguna jalan raya yang melalui kawasan berkenaan.

Beliau, program itu bertujuan membantu meringankan beban penduduk khususnya di Tasek Gelugor susulan peningkatan harga barang ketika ini dan menurutnya setiap ikan dibungkus dalam plastik seberat lebih satu kilogram (kg) sebelum diagihkan kepada orang ramai.

"Sumbangan ini adalah daripada pejabat saya iaitu sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), insya-Allah ia akan diadakan secara berterusan," katanya ketika ditemui di hadapan Maahad Tahfiz As Syafee (Matas) di sini, dalam program yang turut disertai pendakwah terkenal Ustaz Abdullah Khairi (UAK), pada Ahad.

"Saya dilahirkan di Kepala Batas, dekat sini (Pulau Pinang) sebelum bapa saya berpindah ke Tasek Gelugor. Jadi tempat ini juga merupakan kampung saya, sebab itu saya turun padang untuk bantu meringankan beban penduduk," katanya.

Mengenai ura-ura mengatakan beliau akan bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan datang, Dzulkifli mengakui tidak akan menolak sekiranya rakyat mahukan beliau bertanding pada PRU akan datang.

"Sama ada saya terlibat dengan pilihan raya atau tidak, saya akan terus berbakti kepada penduduk di sini kerana ini kampung halaman saya," katanya dan menambah tidak terlibat dengan politik dan bukan ahli mana-mana parti politik. - Bernama