X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 27 Jun 2022

Maritim tahan kapal tangki beroperasi tanpa lesen di Labuan

Maritim
A
A

LABUAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Zon Maritim Labuan menahan sebuah kapal tangki dikendalikan lima kru warga asing di kedudukan 14.1 batu nautika barat laut pulau berkenaan, pada Sabtu.

Pengarah Zon Maritim Labuan Kepten Maritim Nudin Jusoh berkata, kapal Maritim yang sedang melakukan rondaan di perairan itu telah mengesan kapal tangki terbabit kira-kira 10 pagi.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan, terdapat tiga kru warga India dan dua Indonesia berusia 25 hingga 42 tahun berada di atas kapal yang beroperasi dengan Lesen Perkapalan Domestik (DSL) tamat tempoh.

Menurutnya, dua kru warga Indonesia berusia 28 dan 42 tahun itu ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

"Dua kru bersama kapal di bawa ke Jeti APMM di Patau-Patau untuk siasatan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Ordinan Perkapalan Saudagar 1952,” katanya. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!