X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 25 Jun 2022

Mbappe kekal di PSG sehingga 2025

Mbappe (kanan) bergambar bersama Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi ketika mengumumkan hasratnya untuk kekal di PSG sehingga 2025. - Foto PSG
A
A

PENYERANG Perancis, Kylian Mbappe sah akan kekal bersama Paris Saint Germain (PSG) selepas bersetuju untuk menyambung kontrak sehingga tahun 2025.

Perkembangan itu diumumkan oleh Mbappe sendiri di depan peminat PSG selepas menjaringkan hatrik ketika membantu pasukannya menang 5-0 ke atas Metz.

“Saya amat gembira untuk kekal di Perancis. Paris merupakan kota di mana saya membesar dan belajar bola sepak

“Saya harap dapat meneruskan apa yang paling saya suka lakukan iaitu memenangi perlawanan bola sepak dan trofi bersama anda semua," kata Mbappe.

Sebelum ini, pemain berusia 23 tahun itu kerap kali dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan juara La Liga Real Madrid.

Dalam pada itu, perkembangan tersebut nyata tidak disenangi Presiden La Liga Javier Tevas sambil menyelar tindakan dibuat Mbappe yang akhirnya tunduk dengan kuasa kewangan dan tawaran lumayan PSG yang dimiliki jutawan Qatar itu.

"Apa yang PSG lakukan dengan memperbaharui kontrak Mbappe menerusi jumlah wang yang besar... selepas mencatat kerugian 700 juta euro (RM3.24 bilion) sejak beberapa musim lalu dan perbelanjaan melebihi 600 juta euro (RM2.78 bilion), adalah penghinaan kepada bola sepak.

“La Liga turut mengumumkan akan membuat bantahan berkenaan tindakan PSG kepada Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA), pihak berkuasa di Perancis dan badan berkaitan dalam Kesatuan Eropah,” kata Tevas.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!