Menang pilihan raya, Albanese mahu satu padu rakyat Australia

Anthony Albanese. - Foto AFP
Anthony Albanese. - Foto AFP
A
A
A

CANBERRA - Anthony Albanese yang Parti Buruhnya menang dalam pilihan raya persekutuan Australia 2022 yang diadakan pada Sabtu berjanji untuk menyatu-padukan rakyat Australia.

"Saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan atas penghormatan luar biasa ini. Malam ini rakyat Australia telah mengundi untuk perubahan," katanya lapor Xinhua.

Keputusan pilihan raya itu menandakan berakhirnya pemerintahan Coalition selama hampir sembilan tahun dan Albanese akan menjadi perdana menteri Australia ke-31.

Mengakui kekalahan, penyandang jawatan perdana menteri Scot Morrison mengucapkan tahniah atas kemenangan Albanese, serta mengambil bertanggungjawab atas kekalahan itu dan mengumumkan pengundurannya sebagai ketua Parti Liberal.

"Kepada rakan-rakan saya yang terpaksa berdepan dengan berita yang sangat sukar serta kehilangan kerusi mereka malam ini, saya sebagai ketua, bertanggungjawab atas kemenangan dan kekalahan,” katanya.

"Saya akan meletak jawatan pada mesyuarat parti akan datang bagi memastikan parti di bawah kepimpinan baharu dan ia merupakan perkara yang wajar dilakukan." - Bernama