X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

Lebih 1.1 juta kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi Covid-19

Seramai 1,111,499 atau 31.3 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun lengkap menerima vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk Kanak-Kanak (PICKids).
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 1,111,499 atau 31.3 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap menerima vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk Kanak-Kanak (PICKids) setakat pada Sabtu.

Menurut laman sesawang CovidNow, seramai 1,671,828 kanak-kanak atau 47.1 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 2,909,039 atau 93.5 peratus telah lengkap menerima vaksinasi manakala 3,005,679 atau 96.6 peratus daripada kumpulan sama telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, sejumlah 16,078,909 atau 68.3 peratus golongan dewasa telah menerima dos penggalak manakala 22,972,623 atau 97.6 peratus telah lengkap dua dos dan 23,248,575 atau 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Bagi pemberian dos harian pula, sebanyak 20,860 dos vaksin Covid-19 diberikan semalam melibatkan 7,296 dos pertama, 12,179 dos kedua dan 1,385 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,784,541.

Menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, sebanyak tiga kes kematian akibat Covid-19 direkodkan semalam dengan dua kes di Johor manakala satu kes di Pahang. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!