X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 05 Julai 2022

Pemandu Honda CRV maut rempuh tembok jalan

Seorang lelaki maut apabila kenderaan dipandu terbabas serta merempuh tembok di jalan di kawasan perumahan Blok A Palm Spring, Kota Damansara di sini pada Sabtu.
A
A

PETALING JAYA - Seorang lelaki maut apabila kenderaan yang dipandunya merempuh tembok jalan di kawasan perumahan Blok A Palm Spring, Kota Damansara di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 11.15 malam ketika mangsa berumur 55 tahun itu memandu seorang diri di lokasi kejadian.

"Siasatan dijalankan mendapati Honda CRV yang dipandu lelaki itu terbabas sebelum melanggar tembok kiri jalan di lokasi kejadian.

"Mangsa yang mengalami kecederaan parah kemudian dikejarkan ke Hospital Thomson, Petaling Jaya sebelum disahkan meninggal dunia di wad kecemasan hospital berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh hadir ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor, Mohamad Khairil Helmi Mohamad Isa di talian 019-3318339 untuk membantu siasatan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!