X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

‘Jika naikkan harga, pelanggan marah’

Peniaga restoran, katering harap ada tindakan segera daripada pihak berkaitan selesai isu bekalan ayam. Gambar kecil: Hakimsa
A
A

SHAH ALAM - Masalah bekalan ayam segar turut menyukarkan peniaga restoran dan katering di negeri ini.

Pengarah Urusan Restoran Hakim, Datuk Hakimsa Abdul Karim mengakui bekalan ayam begitu sejak kebelakangan ini, malah harganya lebih mahal.

“Jika kami menaikkan harga makanan, pasti menjadi isu dan menyusahkan orang ramai pula. Sampai bila kami boleh tahan begini. Harap ada tindakan segera daripada pihak berkaitan untuk menyelesaikannya,” katanya di sini.

Bagi pemilik restoran Rumah Ketupat, Mohd Johari Awang, lazimnya dia membeli sendiri ayam segar di pasar untuk menjaga kualiti masakannya.

“Tapi sejak isu ini timbul, seorang hanya dibenarkan membeli dua ekor ayam sahaja, cukup masalah untuk kami,” katanya.

Turut mengalami masalah sama ialah pemilik restoran Nasi Ayam Warisan Kota Damansara, Nazri Ahmad.

Menurutnya, paling terkesan ialah mereka yang ingin buat tempahan katering untuk majlis perkahwinan.

"Ayam kurang, jadi terpaksalah lebihkan lauk lain seperti gulai daging," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!