Muhyiddin tak mahu kleptokrat kembali berkuasa

Muhyiddin
Muhyiddin
A
A
A

SHAH ALAM- Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi menegaskan tidak mahu melihat kleptokrat dalam parti seperti Barisan Nasional (BN) kembali berkuasa penuh dalam negara.

Kenyataan itu dibuat susulan laporan sebuah portal yang menyebut beliau menyeru semua parti bekerjasama termasuk dengan Barisan Nasional (BN).

Pejabat bekas Perdana Menteri Kelapan itu dalam satu kenyataan menyangkal laporan portal berkenaan dan menyifatkan kurang tepat.

“Tan Sri Muhyiddin tidak menyebut secara spesifik mana-mana parti tetapi menyatakan parti-parti ini mestilah mempunyai pendirian yang sealiran dalam mewujudkan kestabilan politik dan menentang kleptokrasi.

“Beliau juga menyebut secara jelas tidak mahu melihat kleptokrat dalam parti seperti BN kembali berkuasa penuh dalam negara,” jelas kenyataan berkenaan.

Memetik laporan portal berkenaan, Muhyiddin dilaporkan menyeru agar gabungan politik seperti Pakatan Harapan (PH) bekerjasama, termasuk dengan BN untuk mewujudkan kestabilan politik dalam pilihan raya umum akan datang.

Jelasnya, sudah tiba masanya untuk semua parti politik membuat pengorbanan dan mengetepikan perbezaan politik untuk ‘reset’ semula negara.