X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 04 Julai 2022

Jurulatih wushu ditahan lakukan serangan seksual

Suspek melakukan serangan seksual itu dengan alasan sebagai hukuman kerana mangsa gagal untuk mematuhi arahannya dalam latihan. (Gambar hiasan) - Foto 123RF
A
A

KAJANG - Seorang guru seni bela diri wushu ditahan kerana disyaki mengganggu secara seksual salah seorang murid perempuan yang berusia 13 tahun dalam kejadian di rumah suspek pada 11 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, suspek melakukan serangan seksual itu beberapa kali sejak 11 Februari sehingga 19 Februari dengan alasan sebagai hukuman kerana mangsa gagal untuk mematuhi arahannya dalam latihan wushu.

Menurutnya, mangsa yang ketakutan diugut supaya tidak berkata apa-apa, namun telah mengadu pada bapanya dan hadir membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pada 10 Mei lalu.

"Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku antara 11 sehingga 19 Februari lalu sekitar jam 3 hingga 4 petang dan 12 tengah malam hingga 1 pagi, ketika mangsa berada di rumah jurulatih wushu tersebut.

"Mangsa telah didatangi oleh suspek yang kemudian melakukan gangguan seksual terhadap kanak-kanak itu atas alasan mangsa gagal mematuhi arahannya dalam latihan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat sepasukan polis dari Cawangan D7, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kajang berjaya menahan suspek yang berusia 31 tahun sekitar jam 7.50 malam pada 11 Mei.

"Suspek kini direman sehingga 23 Mei ini bagi membantu siasatan lanjut," katanya.

Mohd Zaid berkata, orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta supaya menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Noriyati Abdullah di talian 016-3516908.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!