X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

Lelaki tipu jual beli emas, larikan RM560,000 dicekup

Anggota polis menggeledah kereta dipercayai milik suspek semasa serbuan dijalankan.
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki ditahan hanya beberapa jam selepas dia dilaporkan menipu seorang wanita melibatkan urusan jual beli emas 916 di Jalan Conlay di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang mangsa yang mendakwa telah menyerahkan wang tunai berjumlah RM560,000 semasa berurusan dengan suspek sekitar jam 4.10 petang.

Bagaimanapun katanya, suspek melarikan wang berkenaan tanpa memberikan emas kepada mangsa.

"Siasatan awal mendapati suspek telah memperdayakan mangsa dalam urusan jual beli emas 916 secara bersemuka. Setakat ini cuma ada seorang mangsa dan satu laporan sahaja," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Noor Dellhan berkata, susulan laporan itu, pada Sabtu sekitar jam 3.10 pagi, sepasukan polis dari Bahagian Risikan/Operasi Siasatan Jenayah Komersial Daerah Dang Wangi membuat serbuan di sebuah hotel di Jalan Stesen Sentral.

Katanya, dalam serbuan itu polis merampas sebuah kereta, wang tunai RM250,750, tiga unit telefon bimbit, sepasang kasut, sehelai baju, satu cop syarikat, sebuah beg, buku cek, lima kad ATM, pasport dan sekeping kad akses rumah.

"Suspek seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun direman empat hari bermula 21 hingga 24 Mei bagi siasatan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!