X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 05 Julai 2022

Proses lantikan ketua perwakilan di luar negara ambil tempoh panjang

Kementerian Luar Negeri
A
A

KUANTAN - Proses melantik seorang ketua perwakilan Malaysia di luar negara mengambil tempoh panjang dengan individu dicalonkan perlu melepasi pelbagai tapisan ditetapkan, kata Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata, nama berkenaan juga perlu dihantar ke negara terlibat sebagai cadangan calon untuk persetujuan dengan terdapat dua kategori mereka yang boleh dilantik iaitu dalam kalangan pegawai diplomatik yang sedang berkhidmat.

"... kerajaan juga merasakan ada keperluan untuk melantik mereka bukan daripada kalangan pegawai diplomatik dan mereka ini boleh terdiri daripada seorang ahli politik, bekas ahli politik, bekas pegawai polis atau tentera dan sebagainya.

Semasa pentadbiran Barisan Nasional (BN) perkara ini berlaku. Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mengatakan tidak boleh ada lantikan selain daripada pegawai diplomatik dan kerajaan yang ada kali ini memutuskan selain daripada pegawai diplomatik juga boleh dilantik," katanya.

Saifuddin berkata demikian pada sidang media semasa majlis Jamuan Raya Parlimen dan Perikatan Nasional (PN) Indera Mahkota di sini hari ini, yang dihadiri ribuan penduduk dan ahli komponen PN iaitu Bersatu, Pas dan Gerakan.

Beliau juga memaklumkan sekumpulan individu yang dilantik sebagai ketua perwakilan Malaysia di luar negara juga dijadualkan menerima watikah daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak lama lagi, dengan pihaknya sedang menunggu tarikh daripada Istana Negara.

Menurut Saifuddin, terdapat 25 lagi calon sedang dalam proses untuk dilantik yang dianggapnya jumlah agak besar kerana sudah dua tahun Malaysia tidak dapat menghantar ketua perwakilan baharu disebabkan pandemik Covid-19. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!