Sila log masuk terlebih dahulu.

Erry Hidayat catat rekod baharu kebangsaan

Aksi Muhammad Erry yang berjaya menambah koleksi pingat gangsa buat kontinjen negara. - Foto Bernama
Aksi Muhammad Erry yang berjaya menambah koleksi pingat gangsa buat kontinjen negara. - Foto Bernama
A
A
A

BIARPUN sekadar meraih pingat gangsa pada Sukan SEA Hanoi 2021, namun atlet angkat berat negara, Muhammad Erry Hidayat berjaya mencatatkan rekod baharu kebangsaan bagi kategori 73kg pada Sabtu.

Pada acara yang berlangsung di Pusat Sukan dan Pertandingan Hanoi itu, Muhammad Erry berjaya mengangkat bebanan seberat 316kg (hasil daripada angkatan bagi 'snatch' dan 'clean and jerk'), bagi memastikan pingat gangsa ke-84 menjadi milik kontinjen negara.

Muhammad Erry yang juga anak kepada jaguh angkat berat negara, Hidayat Hamidon itu berjaya mengangkat bebanan seberat 143kg bagi snatch dan 173kg bagi 'clean and jerk'.

Kejayaan itu sekali gus menyaksikannya berjaya mengatasi rekod 312kg (141kg bagi snatch dan 171kg bagi clean and jerk) yang dicatatkannya di Melaka pada 2020 lalu.

Atlet Indonesia, Rahmad Erwin Abdullah meraih emas manakala perak menjadi milik, Doungsri Anucha dari Thailand dalam acara berkenaan.

Artikel Berkaitan: