Sila log masuk terlebih dahulu.

'Peniaga' air ketum tumpas

Polis merampas 70 bungkusan air ketum dalam serbuan di sebuah rumah di Bandar Mahkota Cheras, Kajang pada Khamis. Gambar kecil: Mohd Zaid
Polis merampas 70 bungkusan air ketum dalam serbuan di sebuah rumah di Bandar Mahkota Cheras, Kajang pada Khamis. Gambar kecil: Mohd Zaid
A
A
A

KAJANG - Kegiatan pengedaran air ketum di daerah ini sejak empat bulan lalu akhirnya berjaya ditumpaskan susulan tertangkapnya tiga individu di sebuah rumah di Bandar Mahkota Cheras, di sini pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, suspek terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita itu ditahan kira-kira jam 11.20 malam.

Menurutnya, polis telah merampas 70 bungkusan air ketum bernilai RM700 dan tiga kilogram (kg) daun ketum.

"Siasatan mendapati kegiatan pemprosesan air ketum itu dijalankan sejak empat bulan lalu dan diedarkan di sekitar Bandar Mahkota Cheras serta Kajang.

"Dipercayai daun ketum ini diperolehi suspek dari utara tanah air," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Beliau berkata, kesemua tangkapan dan rampasan dibawa ke Balai Polis Kajang untuk tindakan lanjut.

Katanya, suspek berusia lingkungan 20 hingga 40-an itu kini direman empat hari untuk siasatan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Tegasnya, Polis Daerah Kajang menasihatkan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat jenayah di daerah ini boleh disalurkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan: