X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

HFMD: Lebih banyak tadika di Perak dijangka ditutup

Lebih banyak tadika dijangka ditutup di Perak susulan peningkatan penularan HFMD. - Gambar hiasan
A
A

SELAMA - Lebih banyak taman didikan kanak-kanak (tadika) dijangka ditutup di Perak susulan peningkatan penularan Penyakit Tangan Kaki dan Mulut (HFMD).

Exco Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Mohd Akmal Kamarudin berkata, sehingga kini 42 tadika di Perak ditutup dengan daerah Kinta mencatat jumlah paling tinggi.

Menurutnya, penutupan tadika tersebut dibuat secara sukarela oleh pengusaha selain terpaksa ditutup mengikut Akta Pencegahan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

"Kita jangka akan ada lagi tadika yang ditutup berdasarkan kes yang meningkat dengan mendadak.

"Setakat ini tiada kes kematian dicatatkan disebabkan HFMD di Perak, namun kita minta semua pihak berwaspada," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Sambutan Hari Raya Aidilfitri Parlimen Larut Bersama Perikatan Nasional Larut di Dewan Majlis Daerah Selama, di sini pada Sabtu.

Mohd Akmal pada Jumaat melaporkan, sebanyak 42 tadika di Perak ditutup berikutan wabak HFMD, sehingga minggu epidemiologi ke-19 tahun ini, yang berakhir pada 14 Mei lalu.

Daerah Kinta mencatatkan penutupan tadika tertinggi iaitu 20 buah dan diikuti daerah Perak Tengah enam buah.

Secara keseluruhan, jumlah kes HFMD di Perak adalah 2,638 kes, berbanding hanya 159 kes bagi tempoh sama tahun 2021.

Daerah Kinta mencatatkan kes tertinggi iaitu 178 kes; diikuti Hilir Perak (127); Perak Tengah (71); Manjung (70); Batang Padang (63); Hulu Perak (51); Kerian (51); Muallim (47); Kampar (46); Larut, Matang; Selama (28) dan Kuala Kangsar (22).


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!