Teman lelaki mangsa lemas direman

Suspek (kiri) menyembunyikan wajahnya ketika berjalan keluar selepas mendapat perintah tahanan reman.
Suspek (kiri) menyembunyikan wajahnya ketika berjalan keluar selepas mendapat perintah tahanan reman.
A
A
A

JITRA - Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun direman tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan kematian teman wanitanya yang ditemui lemas di Sungai Sentap,Kampung Kodiang Lama, Sabtu lalu.

Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Jitra, Mohd Hadi Hakimi Harun.

Suspek yang berbaju t- shirt berwarna hitam tiba di mahkamah pada jam 8.30 pagi semalam untuk mendapatkan perintah reman dengan diiringi anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu.

Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu, pihak polis memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes terbabit tampil membuat laporan di mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu, Asisten Superintendan Mohd. Shuhaimi Joohari di talian 019-3329342.

ARTIKEL BERKAITAN Disangka pancing ikan besar, rupanya mayat

Dalam kejadian Sabtu lalu, mayat mangsa yang dikenali sebagai Ainaa Dhabitah Sham disedari seorang pemancing apabila mata kailnya tersangkut pada pakaian mangsa kira-kira jam 11.51 malam.

Hasil siasatan, pihak polis kemudiannya berjaya menahan teman lelaki mangsa pada Ahad lalu.

Artikel Berkaitan:

Berdasarkan pengakuan awal, suspek mengaku berlaku pertengkaran mulut dengan mangsa sebelum mereka terjatuh ke dalam sungai.

Bagaimanapun, suspek berjaya menyelamatkan diri dan tidak memaklumkan kepada orang ramai tentang mangsa yang disyaki lemas.