Covid-19: Kes harian baharu susut, petunjuk rakyat patuh SOP

Sebanyak 13,982 kes harian baharu Covid-19 dilaporkan sepanjang seminggu lepas. - Gambar hiasan
Sebanyak 13,982 kes harian baharu Covid-19 dilaporkan sepanjang seminggu lepas. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 13,982 kes harian baharu Covid-19 dilaporkan sepanjang seminggu lepas (14 Mei hingga 20 Mei), menyusut berbanding 18,136 kes sepanjang tempoh yang sama (7 Mei-13 Mei).

Penurunan ini sudah tentu melegakan berikutan kes harian baharu yang dikesan meningkat sepanjang minggu pertama Hari Raya Aidilfitri bermula 4 Mei (1,054 kes) sehingga angka tertinggi 3,410 kes pada 12 Mei 2022.

Pada Jumaat, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 2,063 kes harian baharu Covid-19. Malaysia mencatat kes harian terendah untuk 2022 sebanyak 922 pada 3 Mei.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dipetik media tempatan "mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia kerana mengamalkan tingkah laku yang baik dalam fasa peralihan ke endemik.”

Menurut beliau, ini membuktikan bahawa rakyat negara ini mempunyai kemampuan untuk menjayakan fasa peralihan ke endemik ini dan masih patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) untuk mengekang penularan Covid-19.

Malaysia memasuki fasa peralihan ke endemik pada 1 April 2022 sebagai 'exit strategy' untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan Covid-19.

Perlu disebut, untuk Mei 2022 setakat ini (1 Mei-20 Mei), hanya satu kluster baharu dilaporkan iaitu pada 11 Mei melibatkan kluster pusat tahanan di Serian, Sarawak (Kluster Dti Semuja 4).

Dengan 2,063 kes harian baharu, kes kumulatif Covid-19 Malaysia meningkat kepada 4,487,482.

Sebanyak 2,618 kes sembuh Covid-19 dilaporkan untuk 20 Mei, menjadikan kes aktif Covid-19 menurun sedikit kepada 29,229. Kes kumulatif sembuh setakat jam 11:59 malam 20 Mei 2022 adalah sebanyak 4,422,615.

Berikut kes harian baharu Covid-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (14 Mei hingga 20 Mei 2022):-

14 Mei (2,373), 15 Mei (2,239), 16 Mei (1,697), 17 Mei (1,469), 18 Mei (2,017), 19 Mei (2,124) dan 20 Mei (2,063).

Dengan sebanyak 4,487,482 kes kumulatif, Malaysia kini di tangga 23 daripada 227 buah negara/wilayah yang dilanda pandemik Covid-19. Di hadapan Malaysia ialah Ukraine (5,009,301) dan Mexico (5,752,441).

Dalam kalangan 227 buah negara, mengikut data terkini Worldometer, Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) mencatat kes harian baharu tertinggi pada Jumaat sebanyak 263,380 kes, diikuti Amerika Syarikat 98,174 kes dan Taiwan 85,761 kes.

DPRK adalah negara terkini dimasukkan dalam senarai negara yang dilanda pandemik Covid-19 dan setakat Jumaat berada di tangga 41 dengan kes kumulatif sebanyak 2,241,610. Pada Selasa (16 Mei) negara itu melaporkan kes harian sebanyak 392,930.

Dari segi angka kematian, Amerika Syarikat mencatat angka kematian akibat Covid-19 tertinggi melebihi sejuta kes dengan 1,028,741 kes pada Jumaat.

Sementara itu, data CovidNow KKM setakat jam 11:59 malam 20 Mei 2022 menunjukkan sebanyak 28,050 kes (96.0 peratus) dikuarantin di rumah daripada 29,229 kes aktif Covid-19 yang dilaporkan.

Sebanyak 19 kes (0.1 peratus) lagi di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC); 1,124 kes (3.8 peratus) di hospital; 16 kes (0.1 peratus) di unit rawatan rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) sementara 20 kes (0.1 peratus) di ICU memerlukan ABP.

Rekod kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt untuk seluruh negara sepanjang tempoh Rangkuman ini adalah seperti berikut:-

*paras terendah 0.52 dicatat pada 6 Mei 2022.

*kembali melebihi paras 1.00 iaitu 1.05 pada 11 Mei 2022.

14 Mei (1.16), 15 Mei (1.10), 16 Mei (1.04), 17 Mei (0.97), 18 Mei (0.91) dan 19 Mei (0.87).

Negeri yang mencatat Ro/Rt yang tinggi pada 19 Mei 2022 ialah WP Putrajaya (1.14), WP Kuala Lumpur (1.10) dan Sabah (1.08).

R-Naught (Ro/Rt) ialah kebolehjangkitan satu kes positif Covid-19 kepada orang lain dalam tempoh kebolehjangkitan. Ro/Rt 0.5 diperlukan untuk melandaikan lekuk jangkitan koronavirus maut ini.

Senario Covid-19 di Malaysia

Kes sembuh:-

14 Mei (1,340), 15 Mei (1,263), 16 Mei (1,548), 17 Mei (1,836), 18 Mei (2,548), 19 Mei (2,303) dan 20 Mei (2,618).

* kes kumulatif sembuh sehingga 20 Mei 2022 sebanyak 4,422,615.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan:-

14 Mei (29,762), 15 Mei (30,735), 16 Mei (30,879), 17 Mei (30,509), 18 Mei (29,971), 19 Mei (29,789) dan 20 Mei (29,229).

Perincian kes harian baharu (2,063 kes):-

*mengikut negeri, setakat pukul 11:59mlm 20 Mei 2022

* (+kes import)

Kes harian baharu tiga angka - Melaka 116 (+0), Negeri Sembilan 120 (+0), Perak 112 (+0), Pulau Pinang 119 (+0), Selangor 786 (+0) dan WP Kuala Lumpur 405 (+0).

K​​​​es harian baharu dua angka - Johor 67 (+1), Kedah 86 (+0), Kelantan 13 (+1), Pahang 30 (+0), Perlis 11(+0), Sabah 63 (+0), Sarawak 49 (+1), Terengganu 12 (+0), dan WP Putrajaya 65 (+0).

Kes harian baharu satu angka - WP Labuan 6 (+0)

Rekod kes baharu, kes kumulatif dan kes import:-

14 Mei - Kes baharu: 2,373 kes ; Kes kumulatif: 4,475,873 kes; Kes import: 3 kes.

15 Mei - Kes baharu: 2,239 kes ; Kes kumulatif: 4,478,112 kes; Kes import: 3 kes.

16 Mei - Kes baharu: 1,697 kes ; Kes kumulatif: 4,479,809 kes; Kes import: 0 kes.

17 Mei - Kes baharu: 1,469 kes ; Kes kumulatif: 4,481,278 kes; Kes import: 3 kes.

18 Mei - Kes baharu: 2,017 kes ; Kes kumulatif: 4,483,295 kes; Kes import:4 kes.

19 Mei - Kes baharu: 2,124 kes ; Kes kumulatif: 4,485,419 kes; Kes import: 1 kes.

20 Mei - Kes baharu: 2,063 kes ; Kes kumulatif: 4,487,482 kes; Kes import: 3 kes.

Sementara itu, kluster aktif menurun kepada xxxx setakat 20 Mei 2022 dan secara keseluruhan, sebanyak 7,011 kluster dikesan. Sepanjang tempoh Rangkuman Bernama ini, tiada kluster baharu dikesan.

Rekod kluster baharu dan perincian kluster:-

14 Mei - Tiada kluster

15 Mei - Tiada kluster

16 Mei - Tiada Kluster

17 Mei - Tiada kluster

18 Mei - Tiada Kluster

19 Mei - Tiada kluster

20 Mei - Tiada kluster

Rekod kes kematian:-

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif Covid-19 selepas ujian makmal PT PCR dijalankan.

14 Mei - 5 (BID 1), 15 Mei - 3 (BID 0 ), 16 Mei - 5 (BID 1 ), 17 Mei - 3 (BID 2 ), 18 Mei - 7 (BID 3), 19 Mei - 3 (BID 2) dan 20 Mei - 5 (BID 0).

*Jumlah kes kematian sehingga 20 Mei 2022, sebanyak 35,638 kes.

Statistik global Covid-19

Jumlah kes Covid-19 global terkini (worldometer) adalah sebanyak 526,446,054 (Rangkuman Mingguan lalu 520,289,101 kes) dengan 6,298,817 kematian (Minggu lalu 6,286,519 kematian). Kes pesakit sembuh sebanyak 496,175,540 berbanding 474,909,980 kes pada minggu sebelumnya.

Sebanyak 227 negara/wilayah dilanda pandemik Covid-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Brazil, Perancis, Jerman, United Kingdom, Rusia, Korea Selatan, Itali dan Turki. Negara terkini menyertai senarai ini ialah Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK).

Pecahan kes Covid-19 untuk 10 negara teratas dan (+rekod kes harian baharu) adalah seperti berikut:-

Amerika Syarikat 84,934,590 (+98,174);

India 43,134,332 (+2,510);

Brazil 30,762,413 (+10,187);

Perancis 29,315,478 (+24,332);

Jerman 26,053,934 (+40,651);

United Kingdom 22,232,377 (+tiada maklumat);

Rusia 18,283,706 (+5,089);

Korea Selatan 17,914,957 (+25,108).

Itali 17,205,017(+26,561)

Turki 15,060,112 (+tiada maklumat).

Di Asia Tenggara, di samping Malaysia, negara lain iaitu Indonesia, Filipina, Vietnam, Thailand, Singapura, Myanmar, Laos, Kampuchea dan Brunei turut menyertai senarai 127 buah negara yang mencatat lebih 100,000 kes Covid-19.

Pecahan kes kumulatif Covid-19 dan (+kes harian baharu) adalah seperti berikut:-

Vietnam di tangga 12 - 10,706,111 (+1,587);

Indonesia di tangga 19 - 6,052,100 (+250);

Malaysia di tangga 23 - 4,487,482 (+2,063);

Thailand di tangga 24 - 4,401,378 (+6,463);

Filipina di tangga 32 - 3,688,508 (+214);

Singapura di tangga 52 - 1,263,033 (+4,342);

Myanmar di tangga 80 - 613,203 (+17);

Laos di tangga 111 - 209,698(+51);

Brunei di tangga 122 - 146,044 (+261) dan

Kampuchea di tangga 124 - 136,262 (+tiada maklumat). - Bernama