1,099,250 kanak-kanak lengkap vaksinasi Covid-19


Sebanyak 31 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap menerima vaksin di bawah PICKids setakat Jumaat. - Foto 123RF
Sebanyak 31 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap menerima vaksin di bawah PICKids setakat Jumaat. - Foto 123RF
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 1,099,250 atau 31 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap menerima vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk Kanak-Kanak (PICKids) setakat Jumaat.

Menurut laman sesawang CovidNow, sebanyak 1,665,098 kanak-kanak atau 46.9 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 2,908,320 atau 93.5 peratus telah lengkap menerima vaksinasi manakala 3,005,192 atau 96.6 peratus daripada kumpulan sama telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, sejumlah 16,077,473 atau 68.3 peratus golongan dewasa telah menerima dos penggalak, manakala 22,972,457 atau 97.6 peratus telah lengkap dua dos dan 23,248,351 atau 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Bagi pemberian dos harian pula, sebanyak 20,998 dos vaksin Covid-19 diberikan pada Jumaat melibatkan 7,695 dos pertama, 11,286 dos kedua dan 2,017 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,762,530.

Menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, sebanyak lima kes kematian akibat Covid-19 direkodkan pada Jumaat dengan dua kes di Johor, manakala satu kes masing-masing di Perak, Pulau Pinang dan Selangor. - Bernama