Wanita maut kereta dipandu terbabas

Anggota bomba semasa menjalankan usaha untuk mengeluarkan mangsa.
Anggota bomba semasa menjalankan usaha untuk mengeluarkan mangsa.
A
A
A

KAJANG - Seorang wanita maut dalam kemalangan di kilometer (km) 7, Sistem Lingkaran Lebuh Raya Kajang (Silk) di Sungai Long awal pagi Sabtu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, sepasukan anggota dan jentera dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 3.45 pagi.

"Kemalangan melibatkan sebuah Perodua Viva terbabas dan terbalik di bahu jalan.

"Mangsa seorang wanita tempatan berusia 29 tahun didapati tidak sedarkan diri dan tersepit di bahagian tempat duduk pemandu," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan mangsa dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan dari Hospital Kajang.

Norazam berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala operasi pihak bomba ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.24 pagi.