X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 26 Jun 2022

Hanya tiga kilogram pisahkan dari emas

Muhamad Aznil
A
A

BADANG negara Muhamad Aznil Bidin berjaya merangkul pingat perak acara angkat berat kategori 61 kilogram (kg) di Sukan SEA Hanoi 2021 di Hanoi, dengan catatan rekod kebangsaan baharu.

Pada aksi di Hanoi Sports Training & Competition Center, atlet berusia 27 tahun itu berjaya mengangkat bebanan 287kg, untuk mengatasi rekod 285kg yang dilakukannya di Pattaya, Thailand pada 2019.

Bebanan itu juga, hanya 3kg kurang berbanding pemenang perak di Sukan Olimpik Rio 2016 dan Tokyo 2020 dari Indonesia Eko Yuli Irawan, yang mempertahankan pingat emasnya dengan angkatan keseluruhan 290kg.

Sementara itu, wakil tuan rumah, Ngoc Trung Nguyen berpuas hati dengan gangsa menerusi angkatan 286kg.

Menurut Muhamad Aznil, "Bukan rezeki saya kerana angkatan kedua terbatal, kalau tidak mungkin saya boleh meraih emas pada hari ini. Keputusan ini memberikan keyakinan kepada saya untuk mempertahankan emas di Sukan Komanwel pada Julai ini, tetapi perlu mengekalkan prestasi ini.”.

Pencapaian itu juga, menyaksikan beliau berjaya menukar warna pingat selepas meraih gangsa dengan angkatan sebanyak 283kg pada edisi Filipina 2019.

Marceeta Marlyn beraksi dalam acara 59kg snatch, clean and jerk pada Sukan SEA Hanoi 2021.
Marceeta Marlyn beraksi dalam acara 59kg snatch, clean and jerk pada Sukan SEA Hanoi 2021.

Sementara itu, Marceeta Marlyne Marcus meluahkan kekecewaan selepas hanya mampu menamatkan saingan di tempat kelima bagi kategori 59kg wanita, dengan angkatan keseluruhan 178kg.

"Prestasi hari ini tidak mencapai angkatan terbaik saya. Kita sedia maklum skuad dibubarkan pada tahun lepas (kerana isu doping), selepas sambung balik latihan, saya mengalami kecederaan pergelangan tangan.

"Jadi saya hanya ada dalam sebulan persiapan selepas sembuh, mungkin ia mempengaruhi keputusan hari ini. Selepas ini saya akan meneruskan persiapan untuk Sukan Komanwel, berharap dapat meningkatkan prestasi,” katanya.

Wakil tuan rumah Hoong Thi Duyen berjaya mempertahankan emas dengan angkatan seberat 204kg, manakala Pimsiri Sirikaew (196kg) dari Thailand dan Naw Ta Boe Yar (191kg) dari Myanmar masing-masing meraih perak dan gangsa. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!