Permintaan ramai: Kandang dipentaskan semula

No Image Caption
A
A
A

ATAS permintaan ramai, The Actors Studio Seni Teater Rakyat akan mementaskan semula naskhah Kandang sebagai sebahagian daripada persembahan sempena sambutan ulang tahun ke-30 The Actors Studio.

Kandang yang telah diadaptasikan kepada bahasa Melayu daripada karya asal George Orwell’s yang bertajuk Animal Farm ini akan dipentaskan di Pentas 2, Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC) pada 25 hingga 28 April 2019.

Ia juga merupakan naskhah arahan semula Omar Ali, pengarah yang pernah mengarahkan karya ini pada tahun 2017 bersama Allahyarham Tan Sri Muhammad Ali Hashim.

Melalui naskhah ini juga, Omar Ali telah memenangi Anugerah Pengarah Terbaik di Boh Cameronian Arts Awards 2017, bersama tiga anugerah lain yang terdiri daripada Persembahan Terbaik, Reka Bentuk Kostum Terbaik dan Pelakon Terbaik.

No Image Caption

Omar Ali dikenali sebagai pengarah yang berkebolehan untuk mengadaptasi karya-karya bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu dengan baik. Antara naskhah popularnya ialah Dato Seri, yang diadaptasi daripada karya asal William Shakespeare, iaitu The Tragedy of Macbeth yang juga mendapat sambutan baik pada tahun 2016.

Kandang memaparkan nilai ketamakan kuasa dalam konteks serantau. Kisah ini turut memaparkan landskap kontemporari tempatan dan luar negara yang berkaitan dengan hal ehwal semasa.

Dianggap sebagai alegori zamannya pada tahun 1945, Animal Farm karya Orwell ini adalah berkisar tentang politik Rusia di zaman pemerintahan Stalin.

Artikel Berkaitan:

Ia adalah satu simbolik yang sangat mendalam yang masih relevan kepada zaman sekarang.

Malah mengembalikan pementasan Kandang pada masa ini, dianggap sebagai masa terbaik ketika Malaysia menukar kerajaan yang baru pada tahun lalu.

Ashraf Zain yang memenangi anugerah Pelakon Terbaik menerusi watak Tunggal dalam produksi Kandang pada tahun 2017 akan kembali memainkan watak yang sama.

Pelakon, Kandang
Pelakon, Kandang

Barisan pelakon lain yang turut beraksi ialah Benedict Chin, Chloe Tan, Clarence Kuna, Endee Ahmad, Faez Malek, Nabil Zakaria, Nik Waheeda, Riena Aisya, Rosheen Fatima, Zul Zamir dan lain-lain.

Tiket-tiket boleh diperolehi dengan harga RM80 (VIP), RM60 (Standard), RM50 (Ahli Kad TAS, Senior) dan RM40 (OKU & Pelajar) menerusi laman web www.proticket.com.my dan kaunter boxoffice KLPAC.

Sinopsis Kandang Kandang adalah sebuah adaptasi novel George Orwell yang berjudul Animal Farm ke dalam bahasa Malaysia yang konteks budaya kepimpinan tempatan.

Adaptasi ini mengisahkan tentang jejak langkah sekumpulan haiwan ternakan di Ladang Jones yang berjaya mengusir keluar tuan ladang manusianya dan meraih kemerdekaan.

Namun, janji manis kebebasan dan kemakmuran terbukti janji kosong apabila mereka sendiri terjebak dengan pengkhianatan idealisme dalam bentuk korupsi dan kezaliman.