X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

Pertumbuhan positif ekonomi negara selepas fasa peralihan endemik

Sabri Yaakob menaiki kapal Jabatan Laut Malaysia Wilayah Timur melihat keindahan waktu malam Jambatan Angkat Kuala Terengganu semasa menuju ke tapak Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Aidilfitri 2022 di perairan Sungai Terengganu pada Jumaat. - Foto Bernama
A
A

KUALA TERENGGANU - Ekonomi Malaysia menunjukkan pertumbuhan positif sejak negara memasuki Fasa Peralihan ke Endemik, sekali gus memberi kelegaan kepada semua sektor termasuk pelancongan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelancongan merupakan antara sektor penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

Beliau berkata, berdasarkan perangkaan Jabatan Imigresen Malaysia pada 12 Mei lepas, Malaysia menerima kemasukan 604,457 warga asing sejak pintu sempadan antarabangsa dibuka semula pada 1 April lepas.

"Sebanyak 93.8 peratus atau 567,025 orang daripada jumlah itu (warga asing yang masuk ke negara) adalah pelancong," katanya semasa berucap pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Aidilfitri 2022 di Dataran Drawbridge di sini malam Jumaat.

Katanya, di awal pengumuman pembukaan semula sempadan antarabangsa negara, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah menyasarkan kemasukan kira-kira dua juta pelancong asing pada tahun ini dengan pendapatan RM8.6 bilion.

AKAN MENYUSUL


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!