Warga Pakistan mengaku salah beri suapan RM150

Syed Ijaz mengaku salah beri suapan RM150.
Syed Ijaz mengaku salah beri suapan RM150.
A
A
A

IPOH - Seorang warga Pakistan dihukum penjara satu bulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Ipoh, hari ini kerana memberi suapan bernilai RM150 kepada seorang ketua polis balai, 20 Mac lalu.

Syed Ijaz Ali Shah, 28, turut berdepan hukuman penjara enam bulan lagi jika gagal menjelaskan denda.

Keputusan itu dibuat Hakim S Indra Nehru selepas tertuduh mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Mengikut pertuduhan, Syed Ijaz bekerja sebagai pembantu kedai runcit secara rasuah menawarkan suapan berbentuk wang tunai sebanyak RM150 kepada Ketua Polis Balai Sungai Siput Utara, Inspektor Abdul Wahed Hamid.

Kesalahan itu dilakukan pada jam lebih kurang 1.30 petang di Balai Polis Sungai Siput Utara dalam daerah Kuala Kangsar, 20 Mac lalu.

Suapan itu sebagai dorongan agar tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang kenalannya yang ditangkap atas kesalahan menyalahguna pas lawatan yang menjadi kesalahan mengikut dibawah Peraturan 39(b) Peraturan- peraturan Imigresen 1963

Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima ganda jumlah suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Mahkamah kemudiannya menetapkan satu bulan penjara dari tarikh tertuduh ditahan iaitu 20 Mac lalu dan denda RM10,000 serta enam bulan penjara jika gagal membayar denda.

Artikel Berkaitan:

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM, R Kumuthambal sementara kedua-dua tertuduh diwakili Peguam R Rajasegaran.