X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

Institusi belia goyang, tidak dipandang tinggi jika terlibat rasuah

Muhammad Ghazali
A
A

SHAH ALAM - Budaya rasuah menyebabkan institusi belia goyang dan tidak dipandang tinggi oleh masyarakat di negara ini.

Setiausaha Agung Majlis Belia Orang Kurang Upaya Malaysia (MBOKU), Muhammad Ghazali Othman berkata, pendidikan awal mengenai gejala rasuah perlu terus disebar luas ke semua peringkat masyarakat termasuk sekolah, universiti dan organisasi.

Kata beliau, perkara tersebut penting bagi memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai hukuman dan prosedur bagi pesalah rasuah.

“Langkahnya, selain terus menerus menyebarkan bahayanya rasuah ini, kita perlu pergi ke setiap lapisan masyarakat, di sekolah dan universiti, di peringkat pekerja awam bahkan pekerja swasta juga perlu disebarluaskan.

“Selain itu, menerangkan hukum syariat Islam serta hukuman di Malaysia yang boleh dikenakan kepada pesalah rasuah,” katanya kepada Sinar Harian, pada Jumaat.

Muhammad Ghazali berkata, budaya rasuah berpunca daripada sikap tamak dan tidak bersyukur yang lahir daripada seseorang itu yang tidak berpuas hati dengan pencapaian atau kedudukan sendiri.

Menurutnya, budaya golongan belia yang mudah terdedah dan mengikut orang sekeliling juga akan merugikan diri mereka sendiri.

“Niat asal hanya sekadar menerima upah dan akhirnya terjebak dengan gejala rasuah. Insitusi belia itu akan goyang dan tidak dipandang tinggi lagi oleh masyarakat sedangkan belia pewaris pemimpin akan datang,” katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!