X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 04 Julai 2022

Tambang AAR paling rendah tapi upah pemandu tinggi

Lim Chiew Shan
A
A

SHAH ALAM - Kadar tambang Airasia Ride (AAR) ketika ini adalah paling rendah antara 10 hingga 15 peratus namun pemandu dibayar upah tinggi berbanding syarikat e-hailing lain.

Ketua Pegawai Eksekutif Serantau AAR, Lim Chiew Shan berkata, kadar tambang itu berpatutan dengan mengambil kira kemampuan penumpang.

“Bagaimanapun setiap kadar yang ditetapkan ini masih tertakluk kepada masa perjalanan tambahan disebabkan oleh trafik sesak yang dihadapi oleh pemandu kami.

“Dengan model penetapan harga tambang ini, harga kami sentiasa lebih rendah berbanding pesaing lain,” katanya kepada Sinar Harian.

Chiew Shan mengulas mengenai rungutan pengguna pengangkutan e-hailing apabila mendapati kadar tambang perkhidmatan itu meningkat dua kali ganda berbanding kebiasaan termasuk ketika waktu puncak.

Katanya, AAR turut menawarkan kadar bayaran tertinggi kepada pemandu syarikat berkenaan sebanyak 85 peratus daripada jumlah tambang selaras strategi memperkasakan pemandu.

"Sehingga sekarang, kami mempunyai lebih 20,000 pemandu berdaftar. Kami juga berjaya mencapai satu juta penumpang walaupun baharu beroperasi tidak sampai setahun.

“Dengan perkembangan yang memberangsangkan serta perancangan mengembangkan ke Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina, ditambah dengan ciri baharu seperti ‘ladies only’ yang memenuhi keperluan pelanggan tertentu, kami yakin akan berjaya," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!