Tiga beranak maut kemalangan di Pekan dikebumi satu liang lahad

Jenazah ketiga-tiga mangsa selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Kampung Betong, Hulu Terengganu kira-kira jam 3.10 pagi tadi.
Jenazah ketiga-tiga mangsa selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Kampung Betong, Hulu Terengganu kira-kira jam 3.10 pagi tadi.
A
A
A

HULU TERENGGANU - Jenazah tiga beranak yang maut dalam kemalangan di Kilometer 55, Jalan Nenasi-Rompin, Pahang semalam, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad awal pagi tadi.

Jenazah Nor Hasidah Asbullah, 32, bersama dua anaknya Nur Auni Athirah Kamaruddin,8, dan Muhammad Iffat Rizqi,2, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Betong, di sini, kira-kira jam 3.10 pagi tadi.

Terdahulu, jenazah kesemua mereka yang dibawa daripada Hospital Rompin, Pahang tiba sekitar jam 1.40 pagi dan disembahyangkan di Masjid Kampung Betong, Felca In-situ Hulu Berang.

Kesemua tiga jenazah disembahyangkan di Masjid Kampung Betong, Felca In-situ Hulu Berang sebelum disemadikan. (Nor Hasidah dan anak sulong, Nur Auni Athirah (kiri) serta bongsunya, Muhammad Iffat Rizqi(kanan) maut kemalangan pagi semalam di Kilometer 55, Jalan Nenasi-Rompin, Pahang.)

Anak kedua Nor Hasidah yang terselamat dalam kemalangan tersebut, Nur Syadni Syakirah,3, yang belum dapat memahami kejadian dilihat didukung beberapa ahli keluarga bergilir-gilir difahamkan ibu bapa saudaranya.

Suasana pilu mengiringi ketibaan jenazah ketiga-tiga mangsa dan sepanjang pengkebumian yang dihadiri kira-kira 200 ahli keluarga, saudara-mara dan penduduk kampung.

Pada pagi semalam, tiga beranak itu maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka terlibat nahas jalan raya dengan sebuah lori ais kira-kira jam 9.45 pagi

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga beranak maut bertembung lori

Artikel Berkaitan: