Kamarul Zaman layak galas tugas Pegawai Khas PM

smail Sabri ketika Majlis Sambutan Aidilfitri Badan Perhubungan UMNO Terengganu, di Terengganu Equestrian Resort (TER), Kuala Ibai di sini pada Jumaat.
smail Sabri ketika Majlis Sambutan Aidilfitri Badan Perhubungan UMNO Terengganu, di Terengganu Equestrian Resort (TER), Kuala Ibai di sini pada Jumaat.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - [DIKEMAS KINI] Pelantikan Penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff sebagai Pegawai Khas Perdana Menteri atas faktor kelayakan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelantikan bagi jawatan itu juga tidak berkaitan dengan latar belakang mana-mana parti politik.

"Beliau seorang yang berpengalaman dari segi kepakaran dalam bidang yang diberikan iaitu sebagai pegawai khas bahagian media. Saya percaya beliau boleh laksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan.

"Tak timbul isu dari parti lain, jadi saya memilih orang yang difikirkan layak. Kalau parti lain memikirkan (beliau) tidak layak tidak bermakna saya akan mengikut apa yang disebut oleh parti lain.

"Kita telah buat penilaian beliau layak menyandang jawatan itu," katanya ketika ditemui pemberita sempena Majlis Sambutan Aidilfitri Badan Perhubungan UMNO Terengganu, di Terengganu Equestrian Resort (TER), Kuala Ibai di sini pada Jumaat.

Media pada Jumaat melaporkan, Kamarul Zaman mengesahkan beliau kini menyandang jawatan pegawai khas kepada Perdana Menteri.

Jelasnya, tugas itu telah dimulakan sejak Disember tahun lalu, namun tidak melibatkan kerja-kerja politik

Dalam perkembangan berasingan, Ismail berkata, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO belum mengadakan mesyuarat bagi menentukan status hubungan gagasan Muafakat Nasional (MN) yang dimeterai bersama Pas pada September 2019.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO, berkata, setakat ini belum ada jawapan terhadap persoalan yang menyentuh mengenai hubungan antara Pas dan UMNO dalam MN.

"Kita belum adakan mesyuarat dan perbincangan lagi berkenaan hubungan MN. Jadi, apabila tiada mesyuarat saya pun tidak boleh berikan jawapan kerana kita belum ada keputusan berhubung perkara itu," katanya.