X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 04 Julai 2022

Pemandu lori maut dihempap pokok tumbang

Gambar hiasan
A
A

PASIR GUDANG - Seorang pemandu lori maut selepas kenderaan dinaikinya dihempap pokok tumbang ketika melalui Jalan Sri Wangi 1/5, Kawasan Perindustrian Desa Plentong di sini, pada Jumaat.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya Pegawai Bomba Kanan II Sufian Mohd Lis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.52 petang dan setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di tempat kejadian didapati sebuah lori jenis Daihatsu tiga tan telah ditimpa sebatang pokok pada ketinggian 20 kaki.

Beliau berkata, mangsa dikenali sebagai R. Nasarudin Abd Kadir berusia 40-an tersepit di tempat duduk pemandu dan PKO bertindak memotong pokok berkenaan menggunakan gergaji rantai dan peralatan khas untuk mengeluarkannya.

"Kejadian dipercayai berlaku apabila lori yang membawa barangan kimpalan sedang melintasi jalan tersebut dan secara tiba-tiba pokok tumbang lalu menghempap lori (itu) yang sedang bergerak,” katanya dalam kenyataan, pada Jumaat.

Menurut Sufian mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI).

Katanya dua jentera dari BBP Johor Jaya dengan 11 anggota dihantar ke tempat kejadian dan operasi ditamatkan pada 3.53 petang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Raub Selamat ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!