Sila log masuk terlebih dahulu.

Karate realisasi kilauan emas ke-36 kontinjen Malaysia

Pasukan kumite lelaki melengkapkan sasaran 36 pingat emas kontinjen Malaysia pada Sukan SEA 2021 di Gimnasium Sukan Wilayah Ninh Binh sebentar tadi.
FOTO: FB MSN
Pasukan kumite lelaki melengkapkan sasaran 36 pingat emas kontinjen Malaysia pada Sukan SEA 2021 di Gimnasium Sukan Wilayah Ninh Binh sebentar tadi. FOTO: FB MSN
A
A
A

[DIKEMAS KINI] SKUAD karate negara merealisasikan sasaran 36 pingat emas negara pada Sukan SEA Hanoi 2021 apabila meraih emas bagi kategori kumite lelaki setelah menewaskan Indonesia 3-0 sebentar tadi.

Pingat emas bagi acara kumite lelaki berkenaan juga merupakan emas keempat skuad karate negara setelah kejayaan C Shahmalarani bagi kategori 55kg wanita, H Sureeya Sankar (67kg lelaki) dan R.Sharmendran lelaki bagi kategori bawah 75kg.

Skuad negara di wakili S Prem Kumar, H Sureeya Sankar, S Geerijaieswaran Pillai, Muhammad Arif Afifuddin Ab Malik, V Kueggan dan SKathish dilihat beraksi cemerlang bagi memastikan kemenangan berkenaan.

Secara keseluruhannya, kejayaan meraih pingat emas keempat itu dilihat telah berjaya mengatasi sasaran yang ditetapkan oleh skuad karate negara sebelum ini, iaitu tiga pingat emas.

Justeru, pingat emas keempat kali ini boleh disifatkan sebagai ‘bonus’ dalam merealisasikan sasaran 36 pingat emas yang ditetapkan kontinjen negara kali ini.

Artikel Berkaitan: