Jangan bergantung pada pil, perlu usaha, tawakal

Ustaz Fathullah Al Haq Muhamad Asni
Ustaz Fathullah Al Haq Muhamad Asni
A
A
A

JIKA diamati, pihak pengeluar pil genius atau minda sering menguar-uarkan kandungan produk mereka mengandungi campuran makanan sunnah.

Tutor Bahagian Pengajian Islam, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Fathullah Al Haq Muhamad Asni berkata, jika mereka melabelkan sesuatu produk dengan makanan sunnah, bermakna mereka sudah tidak berlaku jujur dengan pelabelan itu.

"Makanan sunnah ialah makanan yang Nabi makan, asalnya yang tidak diproses lagi. Apabila pil dikatakan makanan sunnah, mereka hanya label makanan sunnah supaya dapat melariskan jualan. Sedangkan kandungannya tak dapat dipastikan," jelasnya.

Menurut Fathullah Al Haq lagi, seharusnya apabila pengeluar mahu membuktikan keberkesanan produk mereka, perlu mendapat pengesahan dari aspek perubatan terlebih dahulu.

"Biasanya penjual hanya buat label makanan sunnah tapi campurannya mungkin ada masalah. Patutnya dapatkan nasihat farmasi, pakar perubatan," katanya.

Memberikan contoh, menurutnya, Nabi Muhammad SAW juga merujuk kepada pakar tentang sesuatu ubatan. Itulah sunnah paling besar.

"Maknanya bila cakap pil untuk cerdik minda dan sebagainya, perlu ada kelulusan pakar sebab kita pun tak tahu apa kandungan khasiatnya.

"Kadang-kdang memang ada makanan sunnah seperti kambing tapi kalau makan banyak sangat pun tak bagus juga, mesti ada kadarnya. Begitu juga makanan manis, kurma, kismis. Bagaimana jika tak terkawal?," katanya.

Artikel Berkaitan:

Kepada ibu bapa, Fathullah Al Haq menasihatkan, agar tidak terlalu obses untuk mahukan anak yang pandai dengan hanya mengambil pil tanpa usaha, doa dan bertawakal.