X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

Tak sangka beli Vivo, menang Proton X70

Pengarah Jualan Vivo Malaysia, Xiong Liang (kiri) bersama Chia (dua dari kiri) ketika majlis penyerahan kereta Proton X70.
A
A

SUBANG Jaya - Pemenang peraduan Vivo HoHoHuat anjuran Vivo Malaysia, Chia Yau Suan, 36, tidak menyangka keputusannya membeli sebuah telefon pintar jenama Vivo membolehkannya membawa pulang hadiah sebuah Proton X70.

Menurut Chia, telefon pintar Vivo Y33s yang dibelinya itu untuk dihadiahkan kepada ayahnya bagi menggantikan telefon pintarnya yang lama.

"Selepas membuat pembelian, saya dimaklumkan mengenai kempen berkenaan dan menyertai peraduan itu tetapi tidak menyangka boleh menang.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Vivo Malaysia dan Proton atas hadiah hebat ini," katanya kepada media selepas majlis penyerahan kenderaan yang diadakan di Proton Centre of Excellence (CoE) Subang Jaya, pada Khamis.

Dalam pada itu, dia berkata, belum memikirkan perancangan untuk bercuti bersama keluarga dengan kenderaan baharunya itu, namun teruja untuk memandu buat pertama kali Proton X70.

"Saya tidak sabar untuk membawa pulang kereta ini dan berkongsi kegembiraan dengan keluarga," katanya.

Kempen yang diadakan sempena perayaan Tahun Baharu Cina antara Disember hingga Februari lalu itu juga menyaksikan seramai 26,000 rakyat Malaysia menyertai peraduan tersebut.

Majlis turut dihadiri Pengarah Jualan Vivo Malaysia, Xiong Liang, Naib Presiden Jualan dan Selepas Jualan Proton, Edmund Lim Meng Thong dan Pemangku Timbalan Pengarah Jualan Korporat Proton, Wan Ahmad Fadzli Wan Mustafa.

Sepanjang kempen itu berlangsung, pelanggan yang membeli telefon pintar Vivo bernilai RM800 dan ke atas atau kereta Proton terpilih (Persona, Iriz, Exora, atau Saga) layak menyertai peraduan putar dan menang serta berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai sehingga RM202,000.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!