4 gerai berhampiran Pasar Payang musnah
KUALA TERENGGANU - Empat peniaga terpaksa berputih mata apabila gerai jualan mereka yang terletak berhampiran Pasar Besar Kedai Payang musnah dalam kebakaran lewat malam tadi.
Kejadian itu berlaku pada jam 11.38 malam, menyebabkan sebuah daripadanya musnah 100 peratus manakala tiga lagi terbakar hampir 50 peratus.
Kebakaran itu dikatakan bermula daripada sebuah gerai, sebelum merebak ke tiga gerai lain yang tidak beroperasi sewaktu kejadian itu berlaku.
Difahamkan, kesemua gerai yang terlibat menjual pelbagai jenis keropok serta makanan ringan dan kerugian dianggarkan hampir RM60,000.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Kota, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Zuhan Shafei berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 11.41 malam.
“Tiga jentera dari BBP Jalan Kota dan Kuala Terengganu dengan kekuatan 16 anggota terlibat dalam operasi ini.
“Kebakaran berjaya dikawal pada jam 11.53 malam manakala api dipadam sepenuhnya 25 minit kemudian. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.
Kisah peniaga yang kerugian hampir RM60,000 dalam kejadian kebakaran berhampiran Pasar Payang, Kuala Terengganu. Berita...
Posted by Sinar Harian Edisi Terengganu on Wednesday, March 27, 2019
Badan induk Muay Thai perlu lebih aktif
'Macam baru tendang bola'
Syahid akhirat buat mangsa tragedi
KPT arah UM serah segera laporan kenyataan profesor didakwa pro-Israel
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan - Ahmad Maslan
[VIDEO] Adira, Datuk Red bercerai talak satu
Ahli keluarga menggigil terima berita kematian Sivasutan
Jenazah Noor Rahiza akan dibawa ke rumah untuk penghormatan terakhir
Suami isteri jual sate ayam semurah 50 sen secucuk