4 gerai berhampiran Pasar Payang musnah

Kebakaran yang memusnahkan 4 gerai berhampiran Pasar Payang
Kebakaran yang memusnahkan 4 gerai berhampiran Pasar Payang
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Empat peniaga terpaksa berputih mata apabila gerai jualan mereka yang terletak berhampiran Pasar Besar Kedai Payang musnah dalam kebakaran lewat malam tadi.

Kejadian itu berlaku pada jam 11.38 malam, menyebabkan sebuah daripadanya musnah 100 peratus manakala tiga lagi terbakar hampir 50 peratus.

Kebakaran itu dikatakan bermula daripada sebuah gerai, sebelum merebak ke tiga gerai lain yang tidak beroperasi sewaktu kejadian itu berlaku.

Antara gerai yang musnah dalam kebakaran itu.
Antara gerai yang musnah dalam kebakaran itu.

Difahamkan, kesemua gerai yang terlibat menjual pelbagai jenis keropok serta makanan ringan dan kerugian dianggarkan hampir RM60,000.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Kota, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Zuhan Shafei berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 11.41 malam.

“Tiga jentera dari BBP Jalan Kota dan Kuala Terengganu dengan kekuatan 16 anggota terlibat dalam operasi ini.

“Kebakaran berjaya dikawal pada jam 11.53 malam manakala api dipadam sepenuhnya 25 minit kemudian. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Peniaga yang terlibat memilih barangan yang masih elok.
Peniaga yang terlibat memilih barangan yang masih elok.



Kisah peniaga yang kerugian hampir RM60,000 dalam kejadian kebakaran berhampiran Pasar Payang, Kuala Terengganu. Berita...

Posted by Sinar Harian Edisi Terengganu on Wednesday, March 27, 2019