X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

Tiada lagi isu tiket penerbangan mahal, tunda penerbangan

Ismail Sabri diiringi Hajiji untuk merasmikan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di SICC Kota Kinabalu.
A
A

KOTA KINABALU - Kerajaan akan membincangkan isu kenaikan harga tiket penerbangan yang tidak munasabah dan masa penerbangan ditunda ketika musim perayaan bersama pihak berkaitan.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga mahu rakyat dapat menggunakan perkhidmatan penerbangan tanpa keluhan tiket mahal pada musim perayaan akan datang.

"Justeru, perbincangan akan diadakan dengan pihak terbabit supaya Keluarga Malaysia tidak lagi bimbang hendak pulang ke kampung" katanya ketika berucap pada majlis perasmian Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, pada Jumaat.

Hadir sama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Sementara itu, Hajiji dalam ucapannya berharap kadar pemberian khas Persekutuan kepada Sabah akan terus dipertingkatkan bagi membolehkan lebih banyak inisiatif berorientasikan rakyat dapat dilaksanakan di negeri ini.

Menurutnya, begitu banyak kemajuan mula dicapai dan terbaru persefahaman antara kedua-dua pihak pada 14 April lalu yang telah membawa kepada langkah pertama penyelesaian kajian semula kadar pemberian khas kepada Sabah di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan.

"Tambahan hasil negeri yang diperoleh melalui kenaikan pemberian khas daripada RM26.7 juta kepada RM125.6 juta itu kita kembalikan terus kepada rakyat," katanya.

Hajiji dalam pada itu turut mengumumkan bahawa wang itu akan digunakan untuk membina 1,500 Rumah Mesra SMJ di semua 73 kawasan Dewan Undangan Negeri di Sabah.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!