Misi Burnley belum selesai

Pemain Burnley, Ashley Barnes menyempurnakan sepakan penalti untuk gol pembukaan perlawanan. - Foto Getty Images
Pemain Burnley, Ashley Barnes menyempurnakan sepakan penalti untuk gol pembukaan perlawanan. - Foto Getty Images
A
A
A

BIARPUN berjaya keluar daripada zon penyingkiran, namun pengendali sementara Burnley, Mike Jackson tetap menyifatkan kejayaan berkenaan sebagai misi yang masih belum selesai.

Menurut Jackson, skuad The Clarets itu seharusnya memenangi perlawanan berkenaan apatah lagi setelah mendahului lawan pada penghujung separuh masa pertama.

“Kita seharusnya menang ke atas Villa, tetapi sekurang-kurangnya, kita dapat satu mata. walaupun kita sewajarnya dapat meraih tiga mata.

“Apa pun saya telah menyaksikan kemampuan pemain pada perlawanan ini dan mereka perlu mengulanginya pada aksi terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL), Ahad nanti,” katanya.

Pada aksi berdepan Villa, Ashley Barnes membuka jaringan buat Burnley pada minit ke-45 menerusi sepakan penalti sebelum penyerang Villa, Emy Buendia menyamakan kedudukan pada minit ke-48.

Bagaimanapun, Burnley beraksi dengan 10 pemain buat seketika apabila pemain gantian Matthew Lowton dilayangkan kad merah pada masa kecederaan separuh masa kedua.

Sementara itu, Jackson menegaskan dia berbangga dengan aksi dipamerkan penjaga gol, Nick Pope yang dilihat beraksi cemerlang di sepanjang perlawanan berkenaan bagi menangkis asakan-asakan lawan.

“Bagi saya, Pope telah beraksi dengan cemerlang pada perlawanan ini apabila banyak membantu menggagalkan asakan-asakan daripada jentera serangan lawan.

“Oleh itu, diharapkan dia dapat meneruskan aksi cemerlang berkenaan pada aksi terakhir EPL Ahad ini,” katanya.