X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 27 Jun 2022

Villa azam tentangan sengit berdepan City

Steven Gerrard
A
A

PENGENDALI Aston Villa, Steven Gerrard mahu skuad itu beraksi sebaik mungkin dan memberikan tentangan sengit berdepan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City di Etihad, pada Ahad.

Gerrard juga mahu memastikan Villa menamatkan saingan EPL musim ini dengan nota kemenangan sebagai hadiah kepada penyokong setia pasukan itu.

“Kami akan cuba memberikan aksi terbaik berdepan City nanti dan seterusnya membuatkan kesemua penyokong berasa bangga.

“Boleh dikatakan, ia adalah hadiah untuk mereka yang tidak pernah jemu memberikan sokongan sepanjang musim ini.

“Oleh itu, kami sedang merangka percaturan terbaik bagi berdepan City dan cuba menjadikan perlawanan ini sukar buat mereka,” katanya.

Untuk rekod, Gerrard yang membuktikan kecemerlangannya ketika mengemudi kelab Scotland, Rangers direkrut menggantikan Dean Smith, November lalu dan di bawah kendaliannya, Villa kini berada pada kedudukan ke-14 EPL dengan 45 mata hasil 13 kemenangan, seri enam kali dan tewas 18 kali daripada 37 perlawanan.

Bagaimanapun, Aston Villa gagal memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri apabila diikat 1-1 dengan Burnley pada Jumaat.

Mengulas mengenai aksi berdepan Burnley Gerrard berkata, dia tetap berpuas hati dengan keputusan perlawanan biarpun gagal meraih tiga mata sebagaimana yang diharapkan.

“Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan keputusan ini tetapi kita sudah mempunyai perancangan untuk musim di mana kita tidak akan berada pada kedudukan ke-14 lagi.

“Oleh itu, banyak perkara perlu ditambah baik bagi memastikan kami kembali lebih mantap musim depan,” katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!