X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

Kante sama seperti Mo Salah: Tuchel

Kante
A
A

PENGENDALI Chelsea Thomas Tuchel menggesa agar The Blues segera mencari jalan penyelesaian kepada masalah kecergasan yang dialami tonggak tengah, N'Golo Kante.

Menurut Tuchel, dia menyamakan Kante sama seperti Mohammed Salah, Kylian Mbappe dan beberapa bintang dunia lain, yang mampu untuk membantu pasukan meraih keputusan yang positif sekiranya mereka benar-benar apabila diturunkan pada sesuatu perlawanan.

“Saya fikir dia (Kante) adalah kunci kemenangan kami dan perlu berada di atas padang. Dia bermain hanya 40 peratus daripada perlawanan musim dan ia satu keajaiban apabila kami tamatkan musim ini di tempat ketiga.

“Dia adalah Mo Salah kami, dia juga adalah Neymar dan Kylian Mbappe kami. Kante adalah seorang lelaki yang mampu untuk membuat perubahan dan jika anda hanya memilikinya untuk 40 peratus maka ia adalah satu masalah yang besar.

“Sebenarnya sukar untuk kami bermain dan peroleh keputusan positif tanpa Kante. Anda boleh lihat pda tahun lepas, dalam lima perlawanan terakhir Liga Juara-Juara, dia mendapat trofi pemain terbaik perlawanan,”katanya ketika sidang media selepas menentang Leicester.

Pada perlawanan tersebut, Leicester terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-6 menerusi James Maddison.

Bagaimanapun Marcos Alonso menyamakan kedudukan pada penghujung separuh masa pertama apabila menerima hantaran daripada Reece James dan melakukan voli yang menerjah gawang gol.

Keputusan itu bermakna Chelsea akan kekal di tempat ketiga, tiga mata di hadapan Tottenham dengan perbezaan gol yang lebih selesa.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!