Pecah masuk kedai ramen, curi 130 biji telur rebus

Pencuri kedai ramen bawa lari 130 biji telur rebus. - Gambar hiasan
Pencuri kedai ramen bawa lari 130 biji telur rebus. - Gambar hiasan
A
A
A

TOKYO - JEPUN. Pelik tapi benar, seorang pencuri yang memecah masuk sebuah kedai ramen di Tokyo tidak mengambil wang tunai, sebaliknya hanya mencuri 130 biji telur rebus.

Pemilik kedai ramen terbabit menyedari kedainya dipecah masuk ketika mahu membuat persiapan jualan untuk hari berkenaan.

Apa yang lebih memeranjatkan, si pencuri langsung tidak mengusik wang tunai yang ditemui dalam premis itu.

Kehilangan telur rebus tersebut yang juga antara bahan utama sajian ramen di kedai berkenaan, menyebabkan kedai terpaksa ditutup selama sehari bagi tujuan mengisi semula stok. - AsiaOne

Artikel Berkaitan: