Covid-19: 2,124 jangkitan baharu, tiga kematian

Kes harian Covid-19 mencatatkan sebanyak 2,124 kes pada Khamis. - Gambar hiasan
Kes harian Covid-19 mencatatkan sebanyak 2,124 kes pada Khamis. - Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Kes harian Covid-19 mencatatkan sebanyak 2,124 kes pada Khamis, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan akibat wabak itu meningkat kepada 4,485,419 kes.

Daripada jumlah kes harian yang dilaporkan itu, 2,123 adalah kes tempatan, manakala satu lagi adalah kes import.

Berdasarkan portal CovidNow juga, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut memaklumkan tiga kematian baharu, termasuk dua daripadanya membabitkan kematian di luar hospital atau 'brought-in-dead' (BID).

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini seramai 35,633 orang daripada lebih 4.4 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Selain itu, sejumlah 29,789 kes aktif Covid-19 direkodkan di seluruh negara.

Daripada jumlah tersebut, seramai 28,569 atau 95.9 peratus individu dikuarantin di rumah, manakala 20 individu ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) dan 1,165 dimasukkan ke hospital.

Data itu juga menunjukkan sejumlah 35 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 22 kes memerlukan alat bantuan pernafasan, manakala 13 kes lagi memerlukan mesin ventilator.

Sementara itu, sejumlah 2,303 kes sembuh turut direkodkan pada Khamis dengan kes kumulatif sembuh sebanyak 4,419,997 kes.