Sila log masuk terlebih dahulu.

Everton kekalkan status 68 tahun di pentas elit

Lampard teruja selepas Everton mengekalkan status dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim depan. Turut kelihatan pengendali Crystal Palace, Patrick Vieira di Goodison Park.
Lampard teruja selepas Everton mengekalkan status dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim depan. Turut kelihatan pengendali Crystal Palace, Patrick Vieira di Goodison Park.
A
A
A

KELAB Merseyside, Everton mempamerkan persembahan luar biasa untuk bangkit daripada ketinggalan dua gol babak pertama untuk menewaskan Crystal Palace 3-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Goodison Park pada Jumaat.

Gol Michael Keane (54'), Richarlison (75') diikuti tandukan luar biasa Dominic Calvert-Lewin (85') yang menterjemahkan sepakan percuma Demarai Grey, sudah cukup membolehkan The Toffees memadamkan dua gol awal The Eagles yang dihasilkan Jean-Philippe Mateta (21') dan Jordan Ayew (36') pada babak pertama.

Keputusan itu juga menyaksikan skuad asuhan Frank Lampard berjaya mengekalkan status 68 tahun di saingan teratas liga Inggeris selepas mengharungi fasa prestasi naik turun kelab sepanjang musim ini.

Tiga mata di Gwladys Street itu membolehkan anak buah Lampard melonjak di kedudukan ke-16 liga dalam kalangan 20 pasukan dengan 39 mata selepas mengharungi 37 perlawanan - empat mata di depan Burnley dan Leeds United.

"Ia merupakan perlawanan yang sangat istimewa...dengan pelbagai tekanan dilalui para pemain Everton musim ini.

"Ketinggalan dua gol di laman sendiri bukan sesuatu yang mudah ketika pasukan bergelut mengeluarkan diri dari zon penyingkiran.

"Namun saya percaya peluang untuk menjaringkan gol akan hadir pada perlawanan ini, cuma saya hanya perlu memastikan saya berada di kawasan yang betul. Ia satu pengalaman yang luar biasa.

"Itulah sebabnya kami dan penyokong-penyokong menyukai permainan ini. Saya percaya anda tidak mahu berada dan melalui pengalaman di kedudukan kami...Namun kami di Everton melaluinya dengan kematangan yang tenang," kata Calvert-Lewin.

Artikel Berkaitan:


KEPUTUSAN LIGA PERDANA INGGERIS

Everton 3-2 Crystal Palace

Mateta 21'

Ayew 36'

Keane 54'

Richarlison 75'

Calvert-Lewin 85'

Aston Villa 1-1 Burnley

Barnes 45'

Buendía 48'

Chelsea 1-1 Leicester City

Maddison 6'

Marcos Alonso 34'