Kusiku inovasi bantu kesihatan tulang belakang

Pak Ngah (dua dari kanan) ketika menyerahkan produk Kusiku kepada pihak Yayasan Warisan Ummah Ikhlas untuk kegunaan program World #QuranHour 1443H.
Pak Ngah (dua dari kanan) ketika menyerahkan produk Kusiku kepada pihak Yayasan Warisan Ummah Ikhlas untuk kegunaan program World #QuranHour 1443H.
A
A
A

BERFIKIR di luar kotak memberi inspirasi kepada Pengerusi Eksekutif MB Solution (M) Sdn Bhd, Mohd Basri Ramli atau lebih dikenali Pak Ngah untuk mempelopori kerusi tanpa kaki yang ergonomik dan selesa di bawah jenama Kusiku sejak 2018.

Produk Kusiku semakin mendapat sambutan orang ramai untuk mendapatkan keselesaan postur duduk dan menjaga kesihatan tulang belakang tidak kira di mana pun berada, khususnya di masjid, surau, pusat tahfiz, pejabat, rumah mahupun di tempat perkelahan.

Tanggal 26 April lalu, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas menggunakan produk terbaharu Kusiku Kussen untuk keselesaan tempat duduk untuk qari dan tetamu khas di program World #QuranHour di TV AlHijrah, Kuala Lumpur.

Pak Ngah berpendapat, program berinteraksi dengan al-Quran melalui baca, faham dan amal ini berimpak tinggi kepada masyarakat untuk menghayati dan mengamalkan ajaran.

“Majoriti peserta qari di majlis tilawah duduk di atas pentas. Mungkin kita boleh cadangkan untuk duduk bersila di atas Kusiku Kussen untuk keselesaan," katanya.

Qari dan tetamu jemputan khas menggunakan produk Kusiku Kussen untuk keselesaan duduk pada World #QuranHour 1443H.
Qari dan tetamu jemputan khas menggunakan produk Kusiku Kussen untuk keselesaan duduk pada World #QuranHour 1443H.



Katanya, terdapat enam laras yang boleh diubah mengikut kesesuaian dan keselesaan badan pengguna ketika duduk.

“Ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan Covid-19, masyarakat Islam banyak melakukan aktiviti membaca al-Quran, mengaji, belajar mahupun berbisnes secara online.

“Apabila berlaku sesuatu musibah, kita melihat peluang perniagaan baru. Contohnya, pada musim PKP, ramai tidak boleh keluar rumah.

"Ini menyebabkan aktiviti jual beli secara online menjadi trend. Ini secara langsung mendidik masyarakat untuk terima keadaan dan bersedia untuk berubah ke arah lebih baik.”

Mohd Basri Ramli
Mohd Basri Ramli

Tambah beliau, dalam tempoh tersebut, jenama Kusiku semakin mendapat tempat di pasaran.

Kusiku menghasilkan produk Kusiku Silla untuk orang dewasa (RM55) dan kanak-kanak (RM35).

Terdapat empat warna pilihan iaitu Rose Pink, Tiffany Turqoise, Mustard Yellow dan Emerald Green. Ia diperbuat daripada 100 peratus poliproilena yang berkualiti. Manakala Kusiku Kussen berkusyen berharga RM199.

“Tercetus idea hasilkan inovasi kerusi tanpa kaki untuk membantu orang duduk dalam poster yang betul, selasa dan selamat. Ia boleh diletakkan di atas lantai, karpet, katil, sofa, kerusi atau di mana-mana sahaja.

“Sebanyak 60 peratus masa kita dihabiskan untuk duduk. Ramai kalangan masyarakat duduk ikut cara sendiri yang akhirnya menjejaskan tulang belakang," katanya.

Menurutnya, kebanyakan masalah penyakit seperti Slipped Disc berpunca akibat mengangkat beban yang tidak dijaga dan duduk dengan cara tidak betul.

“Sebagai usahawan, kita sentiasa mencari peluang untuk mewujudkan penyelesaian sesuatu masalah. Bisnes bukan sekadar menjual barang, tetapi memberi idea dan manfaat kepada orang ramai,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, sila layari di https://www.facebook.com/kusikumalaysia/