Disiplin tinggi rakyat Malaysia kekang Covid-19

Rakyat Malaysia terus mengekalkan pemakaian pelitup muka di kawasan terbuka walaupun SOP itu tidak lagi diwajibkan.
Rakyat Malaysia terus mengekalkan pemakaian pelitup muka di kawasan terbuka walaupun SOP itu tidak lagi diwajibkan.
A
A
A

RAKYAT Malaysia membuktikan mempunyai disiplin yang tinggi untuk menentang penyebaran Covid-19 sekali gus memastikan negara sudah bersedia untuk beralih ke fasa endemik.

Perkara itu diakui oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia kerana mengamalkan tingkah laku yang baik dalam fasa peralihan ke endemik.

Beliau juga percaya rakyat Malaysia sudah tahu bagaimana hendak hidup dengan Covid-19 selain tahu untuk mengasingkan diri sekiranya mempunyai gejala.

Malah, kes Covid-19 juga tidak meningkat walaupun selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan ramai pakar meramalkan peningkatan mendadak kes jangkitan.

Pada masa sama, walaupun prosedur operasi standard (SOP) tidak lagi mewajibkan pemakaian pelitup muka di kawasan terbuka, namun rakyat Malaysia dilihat masih lagi berdisiplin untuk terus mengamalkan pemakaian pelitup muka itu.

Tahap disiplin yang tinggi juga menyaksikan negara tidak perlu lagi untuk menguatkuasakan undang-undang seperti mengeluarkan notis kompaun dan sebagainya.

Dalam pada itu, faktor vaksinasi yang tinggi juga turut membantu mengawal kes jangkitan Covid-19 dalam negara.

Justeru, rakyat Malaysia perlu terus berdisiplin dan mengamalkan pemantaun kendiri dalam usaha memastikan kes terus turun dan tiada lagi penguatkuasaan undang-undang atau sekatan dilaksanakan

.