X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 05 Julai 2022

Murid Tahun Empat maut digilis treler

Mangsa yang merupakan murid Tahun Empat maut di lokasi kejadian kerana cedera parah dalam kejadian pada 1.45 petang Khamis.
A
A

BUKIT MERTAJAM - Seorang murid perempuan Tahun Empat maut selepas motosikal diboncengnya terlanggar sebuah treler di Jalan Kampung Baru, Alma di sini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, mangsa berusia 10 tahun maut di tempat kejadian kerana parah selepas dilanggar treler tersebut.

Menurutnya, kejadian berlaku pada jam 1.45 petang ketika mangsa sedang membonceng motosikal yang ditunggang ibunya.

Mangsa yang terjatuh digilis treler dan meninggal dunia di lokasi kejadian. Foto Ihsan pembaca
Mangsa yang terjatuh digilis treler dan meninggal dunia di lokasi kejadian. Foto Ihsan pembaca

"Hasil siasatan mendapati, kemalangan berlaku apabila ibu mangsa (penunggang motosikal) berusia 47 tahun gagal mengawal motosikal dan hilang kawalan lalu melanggar sebuah treler yang berada di laluan yang sama.

"Penunggang motosikal berjaya menyelamatkan diri namun mangsa yang terjatuh daripada motosikal digilis treler menyebabkannya maut di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat.

"Ibu mangsa yang mengalami luka ringan dirawat di unit kecemasan hospital sama.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!