X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

LIAM: 1.9 juta PTV bernilai lebih RM140.7 juta ditebus

Gambar hiasan
A
A

KUALA LUMPUR - Program Baucar Perlindungan Tenang (PTV) yang dilanjutkan kerajaan dengan kerjasama industri insurans dan takaful telah dilanjutkan untuk tempoh setahun lagi berkuat kuasa 1 Januari 2022 dengan nilai baucar meningkat kepada RM75 berbanding RM50, menurut Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM).

Lebih 1.9 baucar PTV RM75 bernilai lebih RM140.7 juta telah ditebus setakat 14 Mei, 2022.

Ketua Pegawai Eksekutif LIAM, Mark O'Dell berkata, penggalak utama bagi program PTV adalah subsidi atau bantuan daripada kerajaan. Aspek lain yang mendorong program itu antaranya, berikutan banyak syarikat insurans am dan hayat dapat bekerjasama dengan organisasi dan perniagaan untuk memberi perkhidmatan kepada kumpulan berpendapatan rendah.

"Ini menunjukkan mereka boleh dihubungi sekiranya menggunakan rakan yang tepat, saluran yang betul,” katanya kepada pemberita selepas menganjurkan majlis rumah terbuka Hari Raya di sini, pada Khamis.

Menurutnya, sebelum ini program tersebut adalah untuk jualan dalam talian, namun menerima hasil yang tidak menggalakkan.

"Ini memberi pengajaran kepada kami, jika anda mempunyai rakan yang tepat dan mempunyai hubungan dengan segmen pasaran ini, anda boleh menyampaikan mesej itu dan menjangkau pasaran tersebut. Pandemik Covid-19 turut meningkatkan kesedaran mengenai keperluan perlindungan,” katanya.

Menurut kenyataan itu, pelancaran program PTV kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) turut membuka laluan untuk memperkenalkan perancangan kewangan dalam kalangan golongan berpendapatan rendah di negara ini.

Program PTV RM50 telah menerima sambutan yang memberangsangkan apabila lebih 1.7 juta baucar benilai lebih RM85.4 juta telah ditebus oleh penerima BPR setakat akhir Disember 2021.

"Kami berharap pelanjutan program PTV akan lebih mendorong penggunaan insurans hayat dalam kalangan kumpulan berpendapatan rendah dan membantu mencapai agenda rangkuman kewangan negara untuk menjangkau penembusan insurans yang lebih tinggi dan daya tahan isi rumah dalam kalangan penduduk,” menurut Presiden LIAM Loh Guat Lan dalam satu kenyataan. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!