X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 05 Julai 2022

Skuad futsal wanita raih gangsa

Skuad futsal wanita berjaya meraih gangsa selepas mengikat Myanmar 3-3 di Stadium Tertutup Ha Nam pada Khamis. - Foto FAM
A
A

SASARAN skuad futsal wanita kebangsaan tercapai apabila berjaya meraih pingat gangsa selepas berjaya mengikat Myanmar 3-3 dalam acara futsal wanita di Stadium Tertutup Ha Nam pada Khamis.

Pada perlawanan tersebut, Malaysia bermula dengan langkah kanan apabila kapten pasukan, Intan Sarah Anisah Zulgafli berjaya menjaringkan gol pembukaan seawal minit pertama sebelum Myanmar membalas dengan tiga gol sekali gus meningkatkan tekanan kepada skuad negara.

Pertukaran taktikal yang dilakukan Jamhuri Zainuddin nyata membuahkan hasil apabila Malaysia menguasai sepenuhnya permainan dan berjaya menjaringkan dua gol sekali lagi menerusi Intan Sarah Anisah dan Siti Asnidah.

Pencapaian meraih pingat gangsa itu sekali gus menyamai rekod pencapaian di Sukan SEA Myanmar 2013 selepas sekadar menduduki tempat keempat pada Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur.

Acara futsal wanita tidak dipertandingkan pada Sukan SEA 2015 di Singapura dan Sukan SEA 2019 di FIlipina.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!